Tuesday, 31 July 2018

NOSTALGIA INOVASI KDPM - KDC - PLPS JAWI BATCH 2008


PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN ISLAM (PKPI 2012) 
TEMPAT DI ROYAL BINTANG SEREMBAN, N.SEMBILAN
3 - 6 JULAI 2012



Seramai 8 orang dari guru JAWI yang menuntut di IPGM - Kampus Pendidikan Islam Bangi, yang diketuai oleh Ahmad Jazran bin Jamaluddin telah dipilih untuk membentangkan hasil karya ABM mereka di Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam (PKPI 2012), bertempat di The Royale Bintang Hotel Seremban pada 3 - 6 JULAI 2012. 



Guru yang terlibat antaranya ialah Usth. Munirah, Usth Farihah, Usth Ummie Nadia, Us. Syarifuddin, Us. Ahmad Jazran, Usth Rogayah Shamsuddin, Usth Zatur Rawia dan Usth Royhana.

Tahniah kepada rakan2 sahabat Guru KDC-JAWI CLASS 2008. Alhamdulillah dapat lah kami menimba sedikit ilmu untuk membuat pembentangan INOVASI  ini.








Berselfie dulu seposen hik hik hik hik hik  Sebelum menanti kehadiran Tim. Menteri Pelajaran Ketika itu Dr. Mohd. Puad Zarkashi. 






Ha inilah hasilnya E-QALAM terutama dalam bidang Khat atau Kaligrafi Islam yang turut saya ketengahkan dalam blog saya nie alhamdulillah. Terima kasih juga kepada Pensyarah IPGM KPI ketika itu ketua jabatan kami dalam program nie Dr. Abbas.










Us. Abd. Wahab juga turut hadir Guru Inovasi Khat Board tahniah cikgu !!



Dah sampai Timbalan Menteri Pelajarn Dr. Mohd. Puad Zakarshi












BERSAMA KETUA JABATAN KAMI DR, ABBAS