Thursday, 4 October 2018

Quran Sulaman






Walaupun kita berada di akhir Zaman namun Allah swt telah mengilhamkan seorang wanita dari Pakistan  Nasim Akhtar untuk menyulam sebuah Al-Quran demi jihadnya di Zaman Mutakhir ini. . . . ikutilah kisah nya yang saya petik dari wassap keluarga kami dan diatas adalah video  Nasim Akhtar..  . . . .






Telah sampai mushaf paling pelik di dunia ke bandar rasulullah saw. Mushaf itu tidak bertulis menggunakan pen dan tidak dengan dakwat dan tidak dengan arang dan tidak dengan apa2 pon. 

Banyangkan, mushaf lengkap yg dibuat seorang wanita dari pakistan dari wilayah punjab dengan penulisan mushaf yg lengkap dengan cara mengait. Dan dia (wanita itu) mula pada tahun  1987 dan selesai pada 2018, dan berjanji pada dirinya untuk mengait huruf dari alquran kecuali dalam keadaan suci sepenuhnya, dan berjanji pada dirinya utk tidak mengait huruf alquran kecuali pada suku akhir malam. 

35 tahun tempoh mengait kitab Allah, wanita ini menghadiahkan mushaf itu kepada muzium alquran alkarim di Madinah Munawwarah pada musim haji yang lepas dan dia (muzium) meletakkan selepas pemeriksaan dan wanita ini namanya Nasim Akhtar. Dan nuskhah ini diantara mushaf plg mulia dan orang yang menghampiri akan dapat melihat jahitan yg jelas pada mushaf tersebut. Semoga Allah menjadikan aku dan kamu semua daripada ahli Alquran Alkarim.

Terima kasih adinda ku Ahmad Zihni kerana berkongsi cerita ini. . . 

Friday, 28 September 2018

PERKONGSIAN ILMU


Alhamdulillah sepagi di Sra Al-Zamakhsyari Kg. Malaysia Tambahan
Tarikh : 29 September 2018. 
Masa 11.00 - 1.00ptg. 
Semoga perkongsian mendapat barokah dan didoakan anak2 Sra Al-Zamakhsyari berjaya didunia dan diakhirat. . 










Thursday, 6 September 2018

Monday, 27 August 2018

5 KEPENTINGAN LAGU DALAM SUBJEK BAHASA ARAB!





1) Lagu akan mempercepatkan proses hafalan. Dengan nada yang menarik disertai gaya yang memerlukan pergerakan, hafalan akan menjadi lebih cepat untuk diingati.

2) Hafalan melalui lagu, akan 'melekat' lebih lama dalam ingatan. Sebagai contoh, anak-anak yang selalu diperdengarkan azan TV3, akan cenderung meniru nada yang sama, sekiranya mereka membuat latihan azan. Ia akan bertahan, setelah sekian lamanya!

3) Bahasa arab mempunyai banyak istilah yang perlu diingati. Juga, banyak kaedah nahu & sorof yang kadangkala, memeningkan jika dihafal secara biasa. Dengan lagu, ia sangat membantu penghafalam, walau kurang pemahaman.

4) Tradisi pondok moden belakangan ini juga, menggunakan kaedah lagu untuk menghafal Matan Jurrumiyyah dan matan-matan ilmu yang lain. Ternyata pelajar seronok, mempraktikkannya dimana sahaja mereka berada!

5) Tidak membosankan. Sekarang ini, pelbagai lagu pilihan anak muda yang bermain di corong-corong radio. Pilihlah nada muzik pilihan, untuk disesuaikan dengan kalimah-kalimah yang ingin dihafal. 

Dibawah ini, adalah antara contoh lagu bahasa arab yang biasa saya nyanyikan dalam program bahasa arab dibawah kendalian saya untuk sekolah-sekolah seluruh Malaysia, yang bertajuk 'ASSALAMUALAIKUM'

Menarik bukan?


SUMBER ASAL DARI 

https://www.facebook.com/abdulazizalarabiy/videos/647092059022458/

BAKAL TERBIT 2019











Saturday, 18 August 2018

BAKAL TERBIT INSYALLAH 2019

Assalamualaikum wrt. . . 
Mohon doa dari sahabat2 agar buku nie dapat diterbitkan dan direalisasikan tak lama lagi. 

Kenapa buku ini perlu diterbitkan ????

Kami menggunakan bahasa yang mudah difahami
Latihan yang membina,
Mudah dan mengikut silibus JAKIM terkini. .


       
  


Friday, 17 August 2018

KEROPOK LEKOR BUATAN SENDIRI



Assalamualaikum wrt. . . . 
ambe memang peminat keropok lekor pung. Kat sini nak share jer 
KEROPOK LEKOR BUATAN SENDIRI Selamat mencuba




UMUR BARU 12 TAHUN DAH MULA NAK BERCINTA???


Assalamualaikum wrt. . .  
Topik kali nie " CINTA???  "
Sedih kebelakangan nie dengar citer UMUR baru 12 TAHUN dah mula sibuk nak menggatal nak ber CINTA ???  Fikirlah dulu masa depan, duhai adik - adik bukan nak KECAM korang semua baru jer nak menghadapi peperiksaan penting tahun nie UPSR. Kenapa singkat sangat fikiran duk FIKIR benda yang mcm tu??? Cubalah selesaikan dulu pelajaran korang tu paling kurang pun banggakan Mak dan Ayah korang dulu dalam peperiksaan UPSR  barulah fikir nak buat benda lain. Maaflah jika pedas sikit malam nie. 


Saturday, 11 August 2018

DETIK BERMULA

PUNCAK AKHIR ZON 5, CHERAS. . 
Tempat : Sra Fatimah Az-Zahra Kem Tentera Darat Sg. Besi, K.Lumpur 
Tarikh : 17hb September 2017 
Hari : Ahad 
Masa : 10.30pagi - 12.30tgh









KEMBALI LAGI 2018


Alhamdulillah tahun nie dijemput sekali lagi untuk menyampaikan ceramah Teknik menjawab soalan B.Arab UPSRA di sekolah yang sama. Semoga anak2 di SRA AL-MUSTAQIMAH beroleh faedah dan berjaya di dunia dan juga di akhirat.

HARI                 :   SABTU
TARIKH           :   11 OGOS  2018  
TEMPAT           :   Dewan  SRA - AL-MUSTAQIMAH
MASA               :   2.00 - 4.00 PETANG






Alhamdulillah hari nie dapat mendengar LAGU feel Madhi oleh anak - anak. Terbaeeklah kalian

  
Terima kasih kepada Guru Besar Sra Al-Mustaqimah  
Ustazah Lily Zaiton sesi 2018


Tuesday, 31 July 2018

NOSTALGIA INOVASI KDPM - KDC - PLPS JAWI BATCH 2008


PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN ISLAM (PKPI 2012) 
TEMPAT DI ROYAL BINTANG SEREMBAN, N.SEMBILAN
3 - 6 JULAI 2012



Seramai 8 orang dari guru JAWI yang menuntut di IPGM - Kampus Pendidikan Islam Bangi, yang diketuai oleh Ahmad Jazran bin Jamaluddin telah dipilih untuk membentangkan hasil karya ABM mereka di Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam (PKPI 2012), bertempat di The Royale Bintang Hotel Seremban pada 3 - 6 JULAI 2012. 



Guru yang terlibat antaranya ialah Usth. Munirah, Usth Farihah, Usth Ummie Nadia, Us. Syarifuddin, Us. Ahmad Jazran, Usth Rogayah Shamsuddin, Usth Zatur Rawia dan Usth Royhana.

Tahniah kepada rakan2 sahabat Guru KDC-JAWI CLASS 2008. Alhamdulillah dapat lah kami menimba sedikit ilmu untuk membuat pembentangan INOVASI  ini.








Berselfie dulu seposen hik hik hik hik hik  Sebelum menanti kehadiran Tim. Menteri Pelajaran Ketika itu Dr. Mohd. Puad Zarkashi. 






Ha inilah hasilnya E-QALAM terutama dalam bidang Khat atau Kaligrafi Islam yang turut saya ketengahkan dalam blog saya nie alhamdulillah. Terima kasih juga kepada Pensyarah IPGM KPI ketika itu ketua jabatan kami dalam program nie Dr. Abbas.










Us. Abd. Wahab juga turut hadir Guru Inovasi Khat Board tahniah cikgu !!



Dah sampai Timbalan Menteri Pelajarn Dr. Mohd. Puad Zakarshi












BERSAMA KETUA JABATAN KAMI DR, ABBAS