Wednesday, 12 February 2014

Amik perhatian kepada ibubapa. . . .sekadar perkongsian



Ceritanya... 
Semalam, 
Ada mak bapak yang datang meradang, 
Menghentak meja, bersuara lantang, 
Meluah rasa menjeling pandang, 
Kecik hati tak diundang,
Marah benar bila dibuang,
Macam amuk pemain bola dibuang padang..

Ceritanya...
Semalam,
Maruah cikgu diejek ejek,
Dikata tak layak jadi pendidik,
Ijazah yang ada sekadar dikelek,
Masa mengajar dipendek-pendek,
Pengalaman yang ada disukat cetek,
Telinga cikgu mendengar jelek..

Ceritanya...
Hari ini,
Ada murid yg datang lewat,
Sedangkan rumah duduknya dekat,
Cikgu pun tanya kenapa liat,
Hari hari lambat, ke mana? solat?
Muka murid tersenyum kelat,
Otak murid berfikir ligat,
Nak gentar apa, cikgu tak boleh nak sebat,
Paling tak tulis nama dalam buku lewat..

Ceritanya,
Hari ini,
Ada cikgu mengajar di depan kelas,
Ada murid di belakang bersembang bebas,
Ada kerja untuk 1 kelas,
Tapi yang siap tak sampai sebelas,
Marah cikgu berbekas-bekas,
Niat di hati mengajar ikhlas,
Yang rajin tiga belas,
Yang lain malas!

Ceritanya,
Nanti,
Tatkala result keluar,
Satu sekolah berdebar-debar,
Mak bapak tak sabar-sabar,
Mesti 'result' anak aku bikin gempar!
Silap-silap masuk surat khabar..

Ceritanya,
Bila 'result' mula diumumkan,
Anak dapat cukup-cukup makan,
Anak menangis minta ihsan,
Bukan apa takut balik dirotan,
Anak dipujuk, cikgu disalahkan,
Konon cikgu tak berkelayakan,
Ilmu yang ada tak cukup padan,
Mak bapak melepas baran,
"Anak aku bukan sembarangan!"
"Lahir dari keturunan tuan-tuan!"
"Patut dapat keputusan 'number one'!"

Ceritanya..
Hari ini,
Hati cikgu mendidih-didih,
Mak bapak tak tahu berterima kasih,
Hati cikgu mana tak sedih,
Tetapi cikgu hatinya jernih,
Marah pergi sejuk diraih,
Biar mak bapak makinya berbuih,
Nawaitu cikgu bersifat bersih,
Luhur hatinya tetap ditagih,

Hari ini, aku berterima kasih..
Pada guru yang berperit jerih,
Yang tidak pernah letih,
Bukan wang ringgit yang cikgu tagih,
Cukuplah sekadar "Terima kasih",

Terima Kasih Cikgu 

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1441718039392945&set=a.1390271687870914.1073741837.100006642873044&type=1&theater

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...