Tuesday, 7 January 2014

Renungan Tsunami

Salam wrt buat semua warga Malaysia diseluruh tanah air dan diluar sana. . . Sudah 10 tahun Tsunami berlaku namun, baru 3 atau 4 jam tadi saya pergi ke kedai guntingrambut. Alhamdulillah bernasih baik dapat saya mengunakan khidmat tukang gunting rambut. . . 
Sempat juga saya bertegur sapa dengan beliau yang asalnya dari negara seberang. Aceh sebuah perkampungan di Indonesia. . . 
Bang boleh saya bertanya; sapaku, abang sempat tak dengan kejadian Tsunami Aceh???
Lalu dia menjawab : Alhamdulillah tuhan masih sayangkan saya bang. . . Gegaran  Gempa Bumi 8.3 masih dapat saya rasakan biarpun Bandar yang dilanda Tsunami itu 5 jam dari kampung saya namun masih dapat kami rasakan. . .
Meremang bulu romaku mendengar kata -kata dia mengenai Tsunami. . .dia menambah lagi sewaktu gempa bumi seolah - olah ada pokok kelapa sedang menjalar dalam bumi yang hendak naik ke permukaan bumi. . .
Sebelum berlakunya kejadian itu Rudi menceritakan gejala sosial sewaktu itu sangat ketara dan sehingga Allah swt menurunkan azab. . .


Ya, Allah! Sungguh hebat kekuasaanmu,  . .Bagaimana kita yang di Malaysia sekarang penuh dengan hiburan yang melalaikan kerana apa yang berlaku di Aceh tidak mustahil berlaku ditempat mana yang Allah swt mahukan. . 

Marilah kita sama - sama muhasabah diri kita dan sentiasa mengingati kembali selaku kita ini hamba milik Allah swt yang kekal tidak mengira pangkat atau harta kita selamanya hamba kekal milik Allah swt. . .

Tinta Abu Hannan 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...