Monday, 27 January 2014

Al Imam Al Alamah Abdul Karim Zaidan: Imam Besar Ahli Sunnah Abad Ini.




Syeikh Abdul Karim Zaidan lahir pada tahun 1917masihi dibumi Baghdad, Iraq. Beliau antara alim mujtahid yang mewaqafkan seluruh hidupnya untuk ilmu & jihad.

Syeikh Abdul Karim Zaidan dizaman remaja dikenali sebagai pemuda yang rajin bangun beribadat diwaktu malam.
Semasa dizaman Saddam Hussein, Syeikh Zaidan antara pimpinan utama Ikhwanul Muslimin yang digeruni musuh. Beliau telah ditangkap & diseksa belasan tahun dipenjara Iraq. Diceritakan kesemua tahanan yang ditahan bersama beliau mati dibunuh melainkan beliau kerna Saddam Hussein tak benarkan. Saddam dikatakan pernah berguru dengan beliau.


Selepas dibebaskan Syeikh Abdul Karim mendapat pelindungan di Sanaa,Yaman dari pimpinan Ahli Sunnah wal Jamaah disana.Beliau menjadi tenaga pengajar diJamiah al Iman, universiti waqaf yang menjadi kilang melahirkan ribuan ulama &pejuang islam seluruh dunia.
Ramai ulama besar Ahli Sunnah yang menjadi buruan musuh islam mendapat perlindungan disini spt al Marhum Syeikh Ali Garishah.


Syeikh Abdul Karim Zaidan juga sangat terkesan dengan pemikiran Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah. Antara kitab yang banyak memberi kesan kepada beliau adalah Aqidah Wasitiyayyah Syeikhul Islam Ibn Taimiyah, sehinggakan Syeikh Zaidan pernah menulis dalam kitabnya Abdul Karim beraqidah salafi dan bermazahab hanafi kerna terksean dengan penulisan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah.
Syeikh juga ade meringkaskan Aqidah Tohawiyyah Imam Tohawi &dijadikan manhaj usrah gerakan Ikhwan Muslimin di Iraq & Kuwait. Sebab itulah kite lihat ramai anggota IM diIraq & Kuwait bermanhaj salafi dalam aqidah.

Syeikh Zaidan antara ulama yang sangat2 tawaduk, beliau pantang orang mencium tangannya ataupon bertanya mengenai umurnya & cara beliau menuntut ilmu, kern itu semua tiada faedah baginya.

Menurut murid murid & orang yang rapat dengan Syeikh Zaidan pelajaran terakhir beliau minggu lepas Syeikh bicara soal jihad &politik sebelum beliau mengadu sakit tengkuk &dimasukkan keHospital Sains Teknologi Yaman & menghempuskan nafas terakhir sejam sebelum asar hari ini.


Begitu banyak jasa beliau dalam dunia islam tidak mampu saya tulis semuanya disini, hari ini Allah menjemput beliau pergi meninggalkan kite buat selama lamanya. Dunia islam bersedih namun hanya jasad Syeikh meninggalkan kite tapi segala ilmu beliau masih ditinggalkan untuk kite beramal dan berjuang dengannya.

Jenazah beliau akan disembahnyakan diMasjid Jamiah Iman oleh ribuan para ulama,penuntut & pecinta beliau kemuadian akan dibawa pulang keTanah Air beliau Baghdad,Iraq untuk dikebumikan.

اللهم اغفرله وارحمه وعافه وعف

al Fatihah.

Sebagai maklumat tambahan beliau juga merupakan guru saya semasa belajar di Jamiah Iman. Semasa itu beliau mengajar kitab Madhal Lidirasati Syariah (Madhal Fiqh) dan juga usul dakwah ketika itu.

Beliau juga merupakan pelajar Phd di Universiti Kaherah yang tesisnya bertajuk Az-Zimmiyin Wamustakminin.

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...