Thursday, 19 December 2013

Muhasabah Diri


Assalamualaikum wrt. . . 


Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri agar kita bersyukur dengan apa yang telah kita perolehi dan apa yang belum kita perolehi dan akan kita perolehi. . .

Tidak kira kita seorang profesor, guru, arkitek, peguam, doktor, pakar motivasi dan golongan profesional sekali pun yang mempunyai title ataupun tidak maka kita mesti wajib bersyukur kepada Allah swt. . .

Meletakkan sesuatu biarlah pada tempatnya janganlah kita anggap kekayaan yang kita ada kejayaan yang kita dapat bakal kekal sehingga kita bertemu dengan pencipta kita. 

Ramai mereka yang sudah berada disuatu tahap yang tinggi namun mereka lupa untuk bersyukur dan alpa serta menikmati kekayaan dengan tanpa bersyukur pada Allah swt. . .

Jika dahulunya hubungan silaturahim antara sahabat, rakan taulan dan adik beradik namun sehingga kini tiada dapat diungkap dengan kata-kata bahkan seolah-olah lupa kepada asal-usul kita seorang yang kerdil. . .

Selaku admin untuk blog ini saya juga mengajak kawan - kawan agar kita sentiasa bersyukur dan juga selain kita beristighfar tidak perlu kita tonjolkan amal ibadah kita kepada khalayak ramai. Sesungguhnya amalan yang kita lakukan itu hanya untuk pemilik kekal kita iaitu rabbul izzati.

Tujuan utama saya adalah untuk mengingatkan antara satu sama lain agar sedar dari kerakusan mencari kekayaan. .jika ingin kita lakukan sesuatu yang baik atau perkara buruk maka ingatlah kepada Allah swt. 

Jangan sesekali kita menepikan hak Allah swt. Buat kebaikan tidak perlu tonjolkan diri anda siapa sebaliknya biarlah orang lain menilai apa keburukan dan kebaikan yang ada pada kita. 

Oleh itu marilah sama - sama kita berhenti mencari kesalahan orang lain dan kita muhasabah diri kita adakah perkara yang kita lakukan selama ini disukai orang ataupun syok sendiri? Tepuk dada tanya Iman. 

Amalkan sebelum tidur kita muhasabah diri adakah dari pagi hingga sebelum tidur malam :

1) Sudahkah aku membaca al-quran hari ini?

2) Sudahkah aku menunaikan semua solat 5 waktu?

3) Adakah hari ini aku menyakiti hati seorang insan?

4) Bagaimanakah amal ibadahku berbanding dengan perniagaan ku? 

5) Sudahkah aku bersedekah hari ini?

" . . . . .Muhasabah ini tidak bermaksud  dan bukan ditujukan kepada sesiapa, kerana memberi peringatan sesama insan itu memberi manfaat bersama. . . . . . ."

Selain itu juga admin mengucapkan selamat menyambut tahun baru dan agar 2014 menjadi detik permulaan bagi kita menanamkan benih amal dan ibadah yang lebih sempurna hanya kerana untuk mencari keredhaan Allah swt. . .berbanding dengan rezeki yang Allah swt berikan kepada kita yang sementara. . .

Tinta Abu Hannan 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...