Thursday, 19 December 2013

8 Tabiat Yang Tidak Disangka Membuatkan Anda Gemuk

Wednesday, December 18, 2013

Kita suka makan. Makan yang banyak tanpa kawalan boleh menyebabkan kita gemuk. Itu satu fakta yang ramai orang tahu. Tapi tahukah anda, ada tabiat biasa yang kita rasa normal, tetapi ia boleh buatkan kita gemuk. Ramai tak perasan banyak tabiat seharian kita boleh buat kita gemuk. 


Berikut adalah 15 tabiat yang boleh buat kita gemuk



Tabiat 1: Makan dalam pinggan besar
Bila kita letak makanan dalam satu pinggan, ia bagi isyarat berapa banyak kita kena makan antara kita sedar atau tak. Orang Perancis mempunyai kadar obesiti yang lebih rendah dari Orang Amerika, saiz hidangan/pinggan Orang Amerika 25% lebih besar dari Orang Perancis(kajian dari Jurnal Nutrisi).

Satu kajian mendapati 54% Orang Amerika yang makan dari pinggan tersebut(pinggan lebih besar), akan habiskan semua makanan dalam pinggan itu. SEMUA?

Penyelesaian BIJAK: Bertukar kepada pinggan lebih kecil. Kita akan kurang rasa nak tambah makan setelah habiskan satu hidangan penuh dalam pinggan kecil, walaupun baru makan sikit.





Tabiat 2: Membeli Belah Barang Dapur Tanpa Sediakan Senarai Terlebih Dahulu
Sangat bahaya bila kita shopping barang dapur sesuka hati tanpa ada senarai. Habis duit satu hal, satu hal lagi kita akan tergoda untuk membeli barang lain untuk dimakan tanpa kita rancang.

Penyelesaian BIJAK: Buat senarai sebelum shopping dan sila ikut senarai itu. Rancang dan shopping ketika hujung minggu sebab ada masa nak fikir apa nak masak untuk beberapa hari kemudiannya. Lepas rancang menu, barulah kita buat senarai.





Tabiat 3: Terlalu Kerap Makan Luar
Jarang kita dapat kawal nafsu makan bila makan di luar. Biasanya kita akan order makanan yang lebih kalori dan makan sehingga berlebihan. Lebih-lebih lagi jika kita makan bersama dengan orang lain.

Penyelesaian BIJAK: Kurangkan makan di luar, masak sendiri di rumah. Jika nak juga makan diluar, pilihlah makanan yang berkhasiat dan tak semestinya anda perlu habiskan semua makanan tersebut.





Tabiat 4: Makan Sambil Buat Perkara Lain
Sambil makan sambil layan FB di handset? Atau sambil makan sambil tengok TV? Kajian dari Jurnal Nutrisi Klinikal di Amerika (Feb 2013) mendapati, mereka yang sebegini akan makan 50% lebihan kalori.Makan sambil-sambil begini boleh menyebabkan kita rasa nak makan lebih lepas tu sebab minda kita tak fokus apa yang kita makan waktu tu.

Penyelesaian BIJAK: Nikmati makan tanpa sebarang aktiviti. Duduk di meja makan, kunyah makanan dengan perlahan tanpa ON TV, tanpa layan handset ataupun iPad. Makan dengan sepenuh hati supaya otak/minda fokus pada aktiviti makan dan hasilnya kita akan makan makanan yang kurang kalori dan tidak berlebihan.





Tabiat 5: Share Gambar Makanan di Online
Haha. Inilah tabiat yang paling tak disangka-sangka boleh buat kita gemuk. Bila kita share makanan di online, kita lagi terasa nak makan. Biasanya gambar-gambar makanan tersebut sangat mengujakan dan menambah selera kita nak makan.

Penyelesaian BIJAK: Selain kawal makanan tidak sihat secara reality, di online juga kita perlu kawal minat share gambar makanan dan tengok sharing makanan terutama di Pinterest. Dengan itu, nafsu makan boleh terkawal tanpa gangguan.





Tabiat 6: Minum Minuman Berkalori.
Minuman manis dan berkalori tinggi boleh menyebabkan anda gemuk. Terlalu banyak minum juga boleh menyebabkan obesiti dan risiko diabetes Jenis 2. Berhati-hati apabila minum teh tarik dan milo ais ye!

Penyelesaian BIJAK: Minum air kosong yang banyak sebelum ambil air manis dan berkalori ini. Gantikan ia dengan kopi atau teh bebas kalori kerana ia juga sumber antioksida.





Tabiat 7: Makan sebab Stress
Bila stress, makan. Bila stress, makan. Ada di antara kita yang mempunyai tabiat yang tidak baik ini. Walaupun tidak lapar, golongan ini terdorong untuk makan disebabkan emosi stress atau rasa kesunyian.

Penyelesaian BIJAK: Fokus ketika makan yang sebenar, badan anda akan faham apa yang menyebabkan anda makan. Sebab lapar atau sebab stress. Tuliskan apa perkara yang kita stress di kertas/diary atau gantikan aktiviti makan dengan aktiviti lain untuk kawal stress.





Tabiat 8: Kurang Tidur.
Kurang tidur boleh menyebabkan anda gemuk. Ia akan ganggu hormon kelaparan yang menyebabkan anda rasa nak makan aje,
Penyelesaian BIJAK: Target untuk tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam setiap makan. Tisur dan bangun pada masa yang sama walaupun hari cuti. Jadikan bilik tidur anda cukup selesa untuk tidur.

sumber:http://www.livestrong.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...