Friday, 16 August 2013

Terkini di Mesir

GAMBAR PARA SYUHADA'



VIDEO ASMA MUHAMMAD BALTAGI 
SEMASA DITEMBAK


Wahai anakku, kau kebanggaanku.

"Dua hari sebelum pemergianmu, kau muncul di dalam mimpi dengan berpakaian pengantin. Sangat cantik, tidak pernah ku lihat yang secantik itu di dunia ini dan kemudian kau bersandar di sisiku. Aku bertanya adakah hari ini hari pernikahanmu namun kau membisu.

Ketika berita tentang pemergianmu sampai kepadaku, mengertilah aku bahawa itu petanda dari mimpiku dan aku gembira dengan syahidnya engkau dan syahidmu itu menambah keyakinanku bahawa kita berada di jalan yang benar."

Berikut adalah keratan daripada warkah yang ditulis oleh Mohamed AlBeltagy Beltaji mengenai anaknya, Asma' Mohamed AlBeltagy.

Sumber | RNN | شبكة رصد


Prihatin Mesir | TERGEMPAR

TV Mesir : Penahanan Dr Muhammad Badei ( Mursyidul Am) Jamaah Ikhwanul Muslimin di kediaman beliau di Madinah Nasr.


Admin : Dr Muhammad Badei antara yang berperanan membangkitkan semangat rakyat Mesir untuk terus mempertahankan Dr Mohd Mursi.

Ucapan beliau tempoh hari di pentas dataran Rabaah :" jutaan manusia akan terus kekal di medan-medan sehinggalah kami membawa Presiden kami Dr Mursi di atas batang leher kami. Sesungguhnya demonstrasi aman kami lebih kuat daripada peluru-peluru tentera".

Semangat kebangkitan rakyat tidak akan malap sekalipun ribuan pemimpin mereka ditangkap.

Sumber : Al jazeera mubshe misr


Dan ini para syuhada' hari ini pula, di fahamkan mereka merupakan pemuda yang berusia 21 tahun yang dalam latihan ketenteraan, namun di dapati kecenderungan mereka bersama Dr Mohammad Morsi, lalu mereka di bawa ke tepi jalan di tengah2 padang pasir lalu di bunuh mereka tanpa belas ehsan lagi, lebih dua puluh lebih yang gugur menjadi syahid di tempat ini....tiada lagi jalan undur bagi Assisi itu..jalan mati sahaja didepannya yg di pilih!!




Bintang Timnas Mesir, Samih Adawi, kini takkan bisa dilihat lagi di medan laga sepakbola. Sebab, ia telah syahid (insya Allah) bersama ribuan warga Mesir lainnya dalam pembantaian di Kairo.

Ya Allah...
Jadikan mereka yang gugur sebagai syuhada
Dan tolonglah saudara kami yang sedang dizalimi



Ambil gambar dan kongsikan kepada rakan-rakan serta doa sahaja mampu dilakukan saat ini.

Rakyat Mesir sekarang ini sedang berjuang korbankan tenaga, harta bahkan nyawa demi kebenaran. Mereka berdemonstrasi di bawah terik matahari tatkala sedang musim panas di Mesir sekarang ini. Terpaksa menahan gas pemedih mata, menahan pedih dipukul, ditikam bahkan ada yang ditembak sehingga syahid.

Di Rumah Mayat Zinhoum(kawasan rumah saya) ini, kisahnya berlainan. Sejak peristiwa berdarah 14 Ogos yang lalu dan terbaru kekejaman di Medan Ramsis serta kawasan sekitar Kaherah, rumah mayat ini tidak putus-putus menerima jasad para syuhada. Bunyi ambulans membawa jenazah boleh didengari hampir setiap 5 minit. Jenazah yang terlalu banyak tidak dapat ditampung oleh rumah mayat ini hingga terpaksa menggunakan dua buah lori kontena untuk diletakkan jenazah. Bongkah ais digunakan serta wangi-wangian disembur untuk menjaga dan memelihara keadaan jenazah yang terpaksa menunggu lama,

Rumah mayat ini juga dikunjungi oleh ribuan keluarga para syuhada yang ingin menuntut jenazah dan mengiringi jenazah untuk disolatkan serta dikebumikan. Tangisan dan teriakan oleh keluarga syuhada merupakan suatu perkara biasa yang kerap didengari sambil diselang-selikan dengan laungan tauhid LailahaillAllah dan takbir serta mengutuk kekejaman kerajaan haram Mesir sekarang ini.
Kunjungan ribuan rakyat mesir ke kawasan ini menyebabkan kawasan ini sesak dengan manusia dan kenderaan. Namun, apa yang mengagumkan, masyarakat setempat bekerjasama turun membantu melicinkan urusan mereka yang hadir ke rumah mayat ini.

Mereka membahagikan tugas mengikut kumpulan kecil, ada yang menjaga lalu lintas untuk mengelakkan kesesakan. Ada pemuda dan anak kecil yang menyediakan minuman untuk diagih-agihkan kepada keluarga para syuhada yang menanti urusan jenazah. Ada juga insan yang bermurah hati menaja air kotak dan makanan ringan. Golongan wanita pula ada yang membantu menyediakan kain jenazah untuk para syuhada. Pada waktu malam pula ada yang menjaga kawasan ini dari kemungkinan serangan samseng(baltoji).

Apa yang dapat kita lihat, mereka berganding bahu membantu sekadar termampu untuk turut sama terlibat dalam usaha menegakkan kebenaran. Semangat inilah yang membuatkan mereka dapat bertahan di Medan Rabaah Adawiyah lebih dari sebulan sebelum berlaku peristiwa pembantaian penyokong pro demokrasi.
Doakan Mesir dan segala isinya.

Is Faris
Zinhoum, Sayeda Zainab, Kaherah.
18/8/2013

Sumber : Is Faris
‪#‎mesirkini‬




Ahli gusti Mesir yang syahid.

Abdurrahman Al Tarabilee berhempas pulas di Olimpik kerana mahu membawa pulang pingat kepada Mesir, dan hari ini tentera Mesir mengurniakan padanya 'pingat' (kesyahidan) dengan membunuhnya.

Polis dan Askar bersekongkol dengan Baltoji(samseng) Mesir untuk membunuh rakyat Mesir.



WAJAH - WAJAH SYUHADA MISRIYYAH






Manisnya senyumannya sama ada ketika hidup mahupun setelah beliau syahid. Mohamed Al-Ashram baru berusia 18 tahun. Beruntunglah... Semoga Allah menempatkan beliau dikalangan para-para Syuhada'.



#TerkiniMesir
Berpuluh ribu rakyat mesir berarak menuju ke Medan Ramsis daripada segenap pelusuk Kaherah.


Mereka melaungkan bantahan ke atas rampasan 



kuasa 



dan mengecam sisi atas pembunuhan yang dilakukan 



kelmarin di Medan Rab3ah dan Medan Nahdah.



Gambar menunjukkan perarakan daripada Madinah 



Nasr menuju ke Medan Ramsis.



Medan Ramsis merupakan pusat pengangkutan awam bagi ibu negara 

Mesir Kaherah. 

-Abdullah



Kezaliman tentera CC membakar mayat selepas syahid.







[ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Khamis | 15 Ogos 2013 | 07.58 malam

Perhimpunan besar-besaran diadakan dibandar Sanaa' Yaman bagi mengutuk tindakan yang di lakukan oleh pihak keselamatan dan tentera semalam di Medan Rabaah Adawiyyah dan Medan Nahdah,tidak ketinggalan dalam perhimpunan tersebut ialah golongan wanita. Mereka juga mendesak agar kedutaan Mesir di Yaman di tutup dan memangil balik duta

mereka di Mesir.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

2 comments:

  1. رحم الله شهداء الوطن الذين قتلهم كلاب الاخوان من المغيبين من الجماعه والمجندين وانتقم يالله من كل الاخوان الذين يبيحون القتل al salam alykom..do you know what this arabic text mean? it accuse the muslim brotherhood of killing themselves and called them dogs!!..did you meant that or just copied it from somewhere?

    ReplyDelete
  2. Sorry that I just copy from somewhere else. . .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...