Thursday, 22 August 2013

Kebenaran mengenai syahid. . .1400 tahun dahulu. . .


Kisah Benar Berlaku Di Madinah Ketika Banjir para Mutawif ada menceritakan hal ini.

Waktu terjadi banjir di Madinah, kubur 70 orang keluarga Perang Uhud itu dilanda banjir, mayat para sahabat timbul keluar, masih utuh kerana mereka dikuburkan di kawasan padang pasir. Selepas banjir surut, darahnya masih mengalir harum da dikuburkan semula tetapi sudah tidak ditandai nama nama mayat tersebut dan yang ditandakan kerana dikenali cuma 2, iaitu Saidina Hamzah RA kerana diketahui dadanya berlubang dan jantungnya tidak ada kerana telah dimakan oleh Hindun, badannya tinggi besar. 

Jasadnya masih berdarah dan harum, bahkan tangannya masih menutup lukanya terkena tombak, yang masih keluar darah, walaupun sudah seribu empat ratus tahun lebih. Dan yang satu lagi adalah Abdullah bin Jaz RA kerana diketahui telinga dan hidungnya terpotong akibat diikat benang. Kedua orang inilah yang sekarang nisannya ada di Uhud. Jadi kalau sekarang kita berziarah ke Gunung Uhud, hanya ada 2 nisan saja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...