Wednesday, 10 July 2013

Kasih Ramadan



Walaupun aku tak kagum dengan tujuan dia berbuat demikian tapi aku respect usaha dan keinginan dia. Makan tengahari atau berpuasa tiada kaitan dengan productiviti tapi apa yang pasti usaha dia mampu merapatkan jurang antara agama ISLAM dan KRISTIAN yang dilihat sering menimbulkan konflik di Malaysia.

--------------------------------------------------------------

AHLI PARLIMEN DAP Non Muslim TEKAD BERPUASA SEBULAN DI BULAN RAMADHAN

Pemimpin bukan Islam DAP, Dr Ong Kian Ming berazam untuk berpuasa sebulan pada Ramadan kali ini dan percaya produktivitinya meningkat kerana tidak perlu menghabiskan waktu untuk makan tengah hari.

Ahli Parlimen Serdang beragama Kristian itu mahu berpuasa sebagai solidariti kepada umat Islam di Malaysia, malah sudah berpuasa sejak tiga tahun walaupun tidak penuh. 

"Menanti untuk berpuasa semasa Ramadan, pertama kali saya cuba untuk berpuasa penuh," tulis Ong melalui akaun Twitternya @imokman, malam tadi. 

"Harapan saya, kali ini dapat berpuasa penuh seperti rakan Islam dengan mengambil sedikit makanan seperti buah-buahan pada sahur dan meneruskan perjuangan berpuasa sehingga ke Maghrib," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. 

Beliau berkata, objektif puasanya sama seperti umat Islam lain iaitu untuk mengawal nafsu dan merasai susah-payah rakan Islam mengharungi puasa pada Ramadan.

----Sumber----

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...