Sunday, 1 July 2012

SRI KANDI ZAMAN MUTAKHIR INI !



[Memperingati As Syahidah Dr Marwah Al Syarbini] - FB

Dunia dikejutkan dengan pembunuhan kejam pada 1 JUlai 2009 terhadap seorang ibu muda bernama Marwah Syarbini (32 tahun) yang berasal dari Mesir di mana beliau yang sedang mengandung 3 bulan ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman berbangsa Rusia dalam Mahkamah Jerman ketika membicarakan kes pemuda tersebut yang mengganggu dan menghina beliau semata-mata kerana bertudung. Apa yang lebih kejam apabila suaminya yang ingin membantu isterinya daripada ditikam, telah ditembak oleh pasukan keselamatan Jerman sehingga cedera parah dengan alasan tersilap tembak.

Umat Islam diperlakukan lebih hina daripada binatang oleh musuh Islam. Namun sedihnya dunia cuba menyembunyikan pembunuhan kejam ini dan Marwah Syarbini disemadikan di Mesir dengan kehadiran umat Islam yang agak ramai walau pun tidak sehebat dunia meratap kehilangan Raja Pop Michael Jackson. 

Peristiwa berdarah ini adalah rentetan malang terus menggigit umat Islam di seluruh dunia. Ibu kepada seorang anak yang berusia 4 tahun ini, ditikam 18 kali oleh seorang rakyat Jerman di dalam sebuah mahkamah , manakala suaminya turut tercedera ditikam.


Peristiwa pembunuhan Marwa al-Sharbini ini mengingatkan kisah Mashitah tukang sikat anak Hammam yang dicampakkan semua ahli keluarganya satu persatu tanpa ada perasaan belas kasihan.

Lebih menghibakan ,ketika itu Marwa mengandung 3 bulan. Allahyarhamah merupakan seorang muslimah Mesir yang menetap di Jerman mengikut suaminya yang berjaya memperolehi biasiswa Phd di dalam bidang Kejuruteraan Genetik. 

Marwa juga dikenali sebagai Pakar Farmasi dan seorang yang suka melakukan kerja-kerja kebajikan.Menjalani kehidupan di persekitaran baru cukup mencabar ditambah pula dengan perbedaan warna kulit dan agama. 
Konflik tercetus apabila beliau telah diganggu dan ditohmah ketika menemani anaknya bermain di taman permainan kanak-kanak. Dengan hanya meminta agar anaknya turut diberi peluang untuk bermain buaian, beliau dituduh sebagai ' Muslim Terrorist' oleh Axel W, 28 tahun, yang merupakan juga jirannya. 

Melihat situasi tersebut kerap berulang, jiran-jirannya yang lain menasihatkan agar Marwa mengambil tindakan undang-undang terhadap Axel. Dan ketika proses perbicaraan berjalan, manusia berhati binatang yang bernama Axel W dengan tidak semena-mena menikam sebanyak 18 kali tikaman. Ya, 18 kali. 

Dengan rodokkan 18 tikaman, Marwah yang sedang hamil 3 bulan menghembus nafas terakhir di tempat kejadian. Manakala suaminya pula dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. Terkenang saat khalifah Umar Al Khattab dirodok pisau oleh Abu Lu'lu-ah Al Majusi saat sedang mengimamkan solat Isya terakhirnya.

'We are free to wear what our religion orders us, just like you are free to follow your religions and believes...Our blood is not cheaper than yours'- Alfatiha. . . . 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...