Monday, 6 November 2017

Allah menguji manusia atas sebab-sebab yang berbeza. Berdasarkan sebab-sebab itulah letaknya kemuliaan atau kehinaan seseorang manusia.

Rasulullah SAW bersabda:
Ujian yang berlaku kepada manusia samada memuliakannya atau menghinakannya.

Ada tiga sebab mengapa Allah menguji manusia:
# Kifarah.
# Bala.
# Ibtila’.

1. Kifarah.
Kifarah adalah ujian ke atas orang yang baik tetapi terlanjur melakukan kejahatan. Maka ketika itulah dia diuji. Allah jadikan kesusahan dalam ujian itu sebagai ‘tebusan’ untuk menghapuskan dosa dan ketelanjurannya. Ertinya, Allah membalas kesalahannya di dunia untuk melepaskannya daripada dibalas di akhirat. Ini adalah lebih baik kerana azab di dunia adalah lebih ringan berbanding azab di akhirat.

Ringkasnya, kifarah ialah ujian untuk ‘orang baik yang terbuat jahat’. Dengan ujian itu, ‘orang baik’ tersebut akan mendapat peringatan dan amaran atas kelalaian dan ketelanjurannya lalu berusaha untuk bertaubat kepada Allah.

Firman Allah:
Dan Kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar.(43:48 )

2. Bala
Bala adalah ujian ke atas orang jahat yang melakukan kejahatan. Allah jadikan ujian sebagai hukuman Tuhan di dunia sebelum dihukum lebih berat di akhirat. Dengan kemurkaan-Nya Allah turunkan kepedihan dan kesengsaraan di dunia lagi sebelum orang itu diazab di neraka. Orang yang begini akan disiksa dua kali, pertama di dunia, kedua di akhirat.

Rengkasnya, bala ialah bentuk ujian ke atas ‘orang jahat yang buat jahat’. Umat Nabi Nuh yang ditenggelamkan banjir, Fir’aun yang ditenggelamkan di laut Merah, Namrud yang dibunuh nyamuk, Qarun yang ditelan bumi adalah diantara mereka yang ditimpa bala di dunia lagi sebelum disiksa di akhirat.

Firman Allah:
Itulah hukuman dunia yang ditimpakan atasmu maka rasakanlah hukuman itu. Sesungguhnya bagi orang kafir itu ada lagi azab neraka.(8:14)
Dan jika mereka berpaling, nescaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat. (9:74)

3. Ibtila’.
Ibtila’ adalah ujian ke atas orang baik ketika melaksanakan kebaikannya. Ia adalah tanda kasih-sayang Tuhan kepada hamba-Nya yang taat. Justeru dengan ibtila’ hamba itu akan mendapat pahala dan ditinggikan derjatnya disisi Allah. Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, redha, pemaaf, qanaah dari Tuhan? Dengan ujian bentuk inilah ada dikalangan para Rasul ditingkatkan ke derjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.

Ringkasnya, ibtila’ ialah ujian keatas ‘orang baik yang buat baik’. Golongan para Nabi, siddiqin, syuhadak dan solehin adalah mereka yang sentiasa diuji dalam bentuk ibtila’ ketika menegakkan kebenaran.

Firman Allah:
Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagaimana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, yaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: Bilakah datangnya pertolongan Allah? Al Baqarah: 214

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya.
Dalam keadaan berdosa, ujian didatangkan sebagai pengampunan.
Dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat dan memberi pahala...
والله اعلم بالصواب

Tuesday, 7 March 2017

BILA HATI TERSENTUH - Bahagian Kedua

29hb Mei 2016 Sebelum daku tidur pada malam pertama daku sampai inilah gambar yang dapat ku kongsikan bersama pembaca keindahan Masjid Nabawi di Madinah. 2 Tanah suci ini sangat berbeza dari Bumi Yaman yang pernah ku terokai selama 4 tahun berada di sana dahulu sekitar 1998 - 2002 sewaktu aku bergelar sebagai seorang pelajar jurusan syariah. Keindahan di waktu malam sebegini dengan Masjidnya tak pernah sunyi dari suara tangisan orang yang berdoa memohon keampunan dari mu Ya Allah.
Setelah menatap Masjid Nabawi benar - benar berada di hadapan mata barulah aku kembali ke hotel tempat aku menginap. Selain penduduk Madinah yang ramah dan tidak sesesak di Mekah. Alhamdulillah aku mampu lagi berbicara bahasa alquran ketika disana dan sehingga kini daku sangat teringin untuk menziarahi kampung rasulullah s.a.w buat kali kedua insyallah. Keluasan Masjid sehingga boleh memuatkan 600,000 jemaah pada musim Haji membuat ku ingin dan teruja ke Masjid Nabawi semula.

BILA HATI TERSENTUH

28 Mei 2016 Satu coretan hidupku sekali lagi dapat dinukilkan. Kali ini kisah yang dapat ku kongsikan bersama pembaca sekalian, ialah menziarahi maqam baginda rasulullah s.a.w. 

Namun sebelum daku menjadi tetamu Allah swt dan kekasihNYA, Aku diuji oleh Allah swt dengan dugaan yang kecil agar dapat membersihkan diri ini sebelum menjadi tetamuNYA.

Setelah terbang selama 8 jam 50 minit seusai 4 juzuk daku bertilawah maka sampailah daku ke bumi kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w  Ketika sampai dikampung Baginda pada waktu malam harinya, terus aku turun dari bilik hotel menuju ke Masjid Nabawi yang berada 50 meter dari hotel tempat kami menginap. .Tiba - tiba kelopak mataku basah melihat keindahan Masjid Nabawi ketika malam hari. Seakan ku dapat rasakan Baginda seolah - olah masih ada dalam Masjid ini. 

Maka bermulalah pengalamanku ke bumi anbiya ini. Boleh ku katakan selama berada di dua tanah suci ini memang tidak langsung ku teringatkan keluarga ku dikampung kerana terlalu teruja berada di kampung halaman Rasulullah s.a.w.  

Selain itu juga pesanan saya kepada pembaca yang sudah seringkali mengerjakan UMRAH atau belum mengerjakan UMRAH diharap kalian buat persediaan jiwa, mental dan fizikal sebelum ke tanah suci. 

Sesungguhnya dua tanah suci ini tiada HIJAB yakni maksudku HALANGAN dari sesuatu perkara buruk atau baik bakal atau akan berlaku. Senang cerita jika kita tidak menjaga perilaku kita sebagai seorang muslim yang bersabar maka JIKA KITA TIDAK TERUCAP ATAU TERUNGKAP DARI BIBIR TETAPI DARI HATI MAKA SESUATU YANG BURUK AKAN BERLAKU. 

Perkara ini benar2 terjadi pada diri yang terlalu jahil ini. SEWAKTU MEMBACA AL-QURAN SELEPAS MAGRIB TERDETIK DIDALAM HATI INGIN SEMULA ATAU ADA SEORANG GURU AL-QURAN DAPAT MENDENGAR BACAANKU INI. Setelah terdetik begitu lantas ada hamba Allah swt dari Indonesia menegur bacaan ku. Sempat daku khatam 3 helaian muka surat dari Al-Quran sementara menunggu Solat Fardhu Isyak. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah swt kerana dapat apa yang daku inginkan.. . . .bersambung

Saturday, 23 January 2016

Renungan buat Kita sebagai hamba ALLAH SWT :


Kita nie manusia berasal dari perkataan إنسان asal perkataan atau kata dasarnya (akar) نسي yang membawa maksud lupa. .maka itu adalah sifat kita sebagai hamba disini saya coretkan 5 perkara Kita Lupa:
1. Kita lupa tanggungjawab hakiki kita kepada Allah swt. Iaitu top up atau bayar hutang kpd NYA. .Allah swt bagi kita nyawa sebagai pinjaman. So hari2 kena bayar 5 kali sehari. Kalau tidak kenapa kita selalu sebut "SAHAJA AKU TUNAIKAN SOLAT FARDHU ZOHOR TUNAI KERANA ALLAH TAALA" Ha kan dah jumpa perkataan tunai.
2. Kita lupa untuk sentiasa bersyukur kepada Allah swt. . Sebab ada ayat sebut mafhumnya jika kamu bersyukur maka nescaya akan ku tambahkan lagi rezeki buat kamu.
3. Kita Lupa untuk sentiasa membaca Al-quran kerana dengan membaca Al-quran memberi ketenangan dalam jiwa agar sentiasa tenang dijauhi oleh gangguan iblis dan banyak lagi. .
4. Kita sentiasa lupa untuk bersabar serta tawakkal. .kerana dalam ayat surah al-ankabut ayat 57-59 menyebut ganjaran syurga yang didalamnya mengalir sungai utk org2 yg SABAR dengan TAWAKKAL kpd Allah swt...termasuklah sabar dalam ujian dari Allah swt.
5. Kita sentiasa lupa nak ikhlaskan ke atas apa pekerjaan yg kita sering lakukan. Cuba kita niat dulu aku lakukan kerja ini kerana mu ya Allah. .bila kita ikhlas maka nescaya kita dibuka ruang rezeki yg melimpah ruah. . .
Tinta Abu Hannan Ibnu Jamaluddin Temerloh dihati koi 24 Jan 2016
Sekadar renungan. . .

Monday, 21 December 2015

Bila Semua Orang Bercakap Pasal RAYANI AIR




Tahniah bagi penerbangan sulong RAYANI AIR namun masih ramai yang mempertikai tentang perlaksanaan RAYANI AIR harap isu syariah bukan isu utama bagi penumpang pelancong asing. Cuba terima pembaharuan jangan terus pertikai. Sedih saya baca komen dalam satu laman web. 
TAHNIAH RAYANI AIR!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...